Friday 4 November 2011

8. Omega Constellation (Sudah Jual - Tempoh 30 Minit)

Maaflah kualiti gambar kurang baik, maklumlah dah lama kameranya tersimpan... rehat.
Model Constellation, tahun 196?, tak ingat tapi sekitar tu la... crown Omega tapi bukan sezamannya kerana crown dan stamp asalnya tiada. Ini kiranya jam projek nak bikin semula tapi dah terbengkalai, lama-lama dah malas pulak. Ok cermin bukan Omega sebab logo Omega tiada.
Bintang 8... sah original. Ukuran 34mm tanpa crown, 36mm dengan crown dan 40mm lug ke lug. Tebal 10mm. Ukuran lain tak payah cakaplah sebab model ni semua orang dah biasa... Peminat yang dah ada Omega Constellation, tapi model ni tak ada boleh ambil peluang... tali boleh tukar-tukar...
Engine 'butterfly rotor' tiga angka... chronometer. Sejarahnya jam ini  one owner, terbiar dalam almari sebab crown dan stamp tiada, jam pun kepala saja yang ada, aku beli dan dah servis 100%, kilat enginenya... Harga tawaran adalah (Rahsia) tidak termasuk pos. Kalau minat boleh SMS 0122760021. BYE. TQ. (Buyer - Orang Sabah, tapi bukan Sabahan)

No comments:

Post a Comment