Sebelum ada kelapangan masa nak publish jam yang nak dijual, biar saya tunjukkan gambar jam lama-lama yang terjual untuk tatapan kekawan yang terlepas blog JamKoleksi (dalam kenangan). Rado Conway ni rare sebab design ni payah nak dapat. 100% genuine. Pensyarah ILP yang belinya, masa tu harga jual kalau tak salah saya hanya RM330 kot... masa jualan panas pernah cecah RM450 kalau yang seangkatan macam ni.
Sayang, banyak gambar tak sempat save dalam CD, ini pun entah tersesat sebab backup thesis masa belajar hari tu. Ingatkan simpan dalam JamKoleksi selamat... hampas rupanya...
Kalaulah masih dalam simpanan... , jam ni saya pernah menuntut pada tuan guru Syed Mohri, macamana nak polish cerminnya. Masa tu baru-baru nak berkenalan dengan otai... Untuk pengetahuan peminat jam, kini Rado memproduce semula jam Rado vintage mengikut sebagaimana seperti asalnya - 100%, cuma engine genarasi baru. Jika ada kesempatan bolehlah pergi tinjau di kedai Rado, harga sekitar RM2200 selepas diskaun. Saya pun baru tahu semasa rayau-rayau dengan Ijan JamLama di Komtar, Penang. BYE. TQ.
No comments:
Post a Comment