Monday 31 October 2011

6. Seiko 5 Sports (Terjual Dalam Blog JamKoleksi)

Seiko 5, model diver sekarang mahal giler, engine 7S26... engine baru ler. Dulu beli murah aje... sebab "5", kalau tak ada "5" mahu harga mahal kot.
Masa bincang-bincang jual jam vintage, si peminat offer nak jugak jam ni sekali, aku juallah... ingat boleh dapat balik, rupanya sampai ke sudah tak jumpa, kalau ada harga tak sanggup membelinya...
Masa Seiko Monster tengah boom, Seiko 5 yang miripnya juga "boom"... ada ramai pekedai ambil kesempatan naikkan harga yang tak sepatutnya...  BYE. TQ.

5. Citizen 7 Superking (Terjual Dalam Blog JamKoleksi)

Kamera belum bersedia lagi... jadi post jam terjual... boleh yer...
Engine full round rotor, pelik betul rotornya, kalau ikut teori bandul... macam tak kena yer... macamana nak berputar kalau beratnya seragam...
Full set ori, saiz besar... tak silap dekat 40mm..., jam Japan tapi menarik minat setara jam Swiss. Dulu-dulu peminat jam ni beli/kumpul jam murah-murah saja, sekarang ni baru tengok ramai peminat jam mula mengumpul jam mahal-mahal dan banyak model-model yang baru pertama kali saya nampak, dulu kalau yang mahal hanya Rolex saja yang dikenali, tak dapat Rolex... dapat yang mirip-miripnya pun jadilah... BYE. TQ.

4. Sandoz Swiss ETA (Terjual Dalam Blog JamKoleksi)

100% genuine, engine ETA XXXX warna kuning.
Dibeli oleh cikgu dari Kuala Kangsar, sesudah pakai tahun, cikgu call saya, minta tolong serviskan jamnya.
Jam cantik, masa tepat, macam rolex... BYE. TQ.

Sunday 30 October 2011

3. Rado Conway (Terjual Dalam Blog JamKoleksi)

Sebelum ada kelapangan masa nak publish jam yang nak dijual, biar saya tunjukkan gambar jam lama-lama yang terjual untuk tatapan kekawan yang terlepas blog JamKoleksi (dalam kenangan). Rado Conway ni rare sebab design ni payah nak dapat. 100% genuine. Pensyarah ILP yang belinya, masa tu harga jual kalau tak salah saya hanya RM330 kot... masa jualan panas pernah cecah RM450 kalau yang seangkatan macam ni.
Sayang, banyak gambar tak sempat save dalam CD, ini pun entah tersesat sebab backup thesis masa belajar hari tu. Ingatkan simpan dalam JamKoleksi selamat... hampas rupanya...
Kalaulah masih dalam simpanan... , jam ni saya pernah menuntut pada tuan guru Syed Mohri, macamana nak polish cerminnya. Masa tu baru-baru nak berkenalan dengan otai... Untuk pengetahuan peminat jam, kini Rado memproduce semula jam Rado vintage mengikut sebagaimana seperti asalnya - 100%, cuma engine genarasi baru. Jika ada kesempatan bolehlah pergi tinjau di kedai Rado, harga sekitar RM2200 selepas diskaun. Saya pun baru tahu semasa rayau-rayau dengan Ijan JamLama di Komtar, Penang. BYE. TQ.

Saturday 29 October 2011

2. Pagol 424 (Terjual Dalam Blog JamKoleksi)

Pagol 424, kesayangan hamba, New Old Stock, cermin pecah sembilan, dial hijaunya kalau diview pada sudut berbeza maka warna hijau dial pun berubah tonanya.
Di antara jam terawal dijual dalam blog JamKoleksi, masa tu cukup laris jualannya sebab source kurang tapi peminat ramai... harga bukan masalah sebab jam memang susah nak dapat dan kondisi yang nak dijual memang teragung... baru nak mula berniagalah katakan... servis mesti mau baik...
Jam ni dibeli peminat jam tegar, masuk blog saja terus dipinang (sejarah terhebat baru post saja dan belum sempat nak edit untuk powerkan ayat dah dipinang peminat ialah 2 minit bang... ). Ikut cerita jam ni telah terkecurian dari dalam peti simpanan tuan empunyannya, masa berlalu... tup-tup kekawan kita republish pagol ni dalam blognya - resale..., base dari gambar mikro bersaiz giga, kesan pada marker bar yang berkarat sejemput tu dah dapat terkesan dan empunya yang asal rebuy balik...

Huih... tak bernyawa nak mengolah ceritanya... saya republish balik gambar-gambar jam terjual sebab nak penuhi permintaan kekawan jam vintage, katanya "... tengok gambar pun jadilah... ". Rasanya kekawan yang ada banyak jam tu bolehlah buka galeri jam, hasil dari tol pintu pun dah boleh buat duit dari peminat yang nak tengok-tengok saja tu...BYE. TQ.

Friday 28 October 2011

1. Salam 1Malaysia...

Ha... Ha... Ha...
Selamat kembali ke blogspot...

Besama Haizul Antique
Ijan JamLama...
dan Azahari JamKampung (Lokasi - Galeri Haizul Antique - kalau dah masuk galeri ni dah tak ingat nak balik rumah... & Gambar - Azahari). BYE. TQ.